iklan

Thursday 14 February 2013

Budak Cina tunjuk isyarat lucah Raja Permaisuri Agong dijatuhkan hukuman penjara 30 hari ! !!




Ini lah wajah terkini budak Cina Dap  yang  dipertahankan pencacai Pakatan kerana menunjukkan isyarat lucah terhadap DYMM Raja Permaisuri Agong .

 Mahkamah Majistret Balik  Pulau  hari ini telah  menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM8,000 ke atas seorang pemuda atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan menunjuk isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong dan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Isnin lalu. 

Hukuman terbabit diputuskan oleh Majistret Muhamad Hidayat Wahab sebentar tadi.




Biar dia dikenakan  hukuman  supaya dijadikan pengajaran kepada yang kumpulan yang anti monarki/raja ini  dalam pembangkang terutaman Dap ini.

Persoalannya di sini , adakah berbaloi  tempoh penjara sebulan dan denda RM 8 ribu itu ??

Dia hina bukan orang biasa tapi seorang RAJA !

Kalau di Thailand la ..merengkok bertahun -tahun la dalam sana. Kerajaan wajar teliti balik hukuman ini kerana terlampau ringan sangat.



Mungkin bagi kebanyakan orang, baju sahaja tidak akan mendatangkan sebarang kesan provokatif. Bagaimanapun, sedar dengan tanggapan itulah, Guan Eng memilih elemen yang paling halus dan paling tidak menimbulkan syak serta dipandang remeh untuk melakukannya. Kalaulah bukan kerana kekalahan Parti Komunis Malaya dan kegagalan DAP pada kempen 13 Mei 1969, tentunya dia tidak akan teragak-agak untuk menyuruh para penyokong Pakatan Rakyat untuk menghadiri program berkenaan dengan senjata berat atau senjata tajam.

Tetapi senjata berelemen halus itulah yang telah berjaya menjadikan Lim Guan Eng sebagai TOK PEKONG BARU DAP dan Pakatan Rakyat.

Agak menarik ialah apabila Guan Eng sedar saranannya kurang berkesan dan sambutan yang diberikan kepada usulnya tidak begitu hangat, akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya, walaupun acara tersebut merupakan salah satu daripada kejutannya untuk menimbulkan kontroversi, polemik dan melindungi objektif perbuatannya.

Provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong DAP di pintu masuk Sekolah Hian Chiang dengan cara membaling nasi dalam bekas polistrin kepada Perdana Menteri tetapi digagalkan oleh batang tubuh orang ramai, balingan mercun kepada Perdana Menteri di Gurney kemudiannya dikemuncakkan dengan perlakuan seorang penyokong DAP yang bekerja di Singapura tetapi berasal dari Pulau Pinang yang menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong.

Lim Guan Eng tidak berada dalam acara persembahan artis Korea Selatan di Sekolah Hian Chiang. Sebaliknya dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, menyambut keberangkatan DYMM Raja Permaisuri Agong. Kejadian tunjuk isyarat lucah oleh LEONG PIE KOE juga berlaku ketika Lim Guan Eng berada di LTAB Bayan Lepas.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu tentu sangat berpuas hati apabila pihak berkuasa menahan dan membawa lelaki bernama LEONG PIE KOE itu ke balai polis untuk disoal siasat. Dia sengaja tidak membantu lelaki Cina tersebut kerana dia berharap, para penyokong DAP dan Pakatan yang lain akan membantunya menimbulkan sentimen perkauman dan provokasi melampau

Comments
0 Comments
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More