iklan

Thursday, 17 October 2013

LEMBU Mengamuk Menjelang Aidil Adha..!!

 

Lembu Mengamuk Menjelang Raya

4 Cedera Di Serang Lembu Mengamuk


Seekor lembu yang melarikan diri dari sebuah kandang kira-kira 5km dari bandar Ipoh, telah menyerang sembilan warga emas pelancong Singapura, yang sedang menikmati tau fu fah di sebuah gerai di Jalan Raja Musa Aziz pada kira-kira 4.00 semalam.


Serangan tersebut telah menyebabkan empat orang tercedera, termasuk seorang lelaki warga emas, yang berusia 74 tahun. Beliau yang jatuh cedera di telinga, jari dan lengan. Lembu tersebut turut mencederakan dua lagi pelancong wanita yang terjatuh ketika serangan tersebut. Keduanya telah dimasukkan ke 
unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun pada kira-kira pukul 6 petang. Dua lagi rakan mereka lebam dan luka.

Lembu Akhirnya Di Tangkap di Gospel Hall

 
Selepas menyerang pelancong, lembu tersebut berlari ke Jalan Yau Tet Shin, 
berdekatan restoran yang menjual ayam beansprout popular di Ipoh dan seterusnya ke Jalan Sultan Iskandar diikuti oleh anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam. Haiwan itu akhirnyaterperangkap ketika memasuki Elim Gospel Hall di Jalan Chung Thye Phi. 
 

Comments
0 Comments
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More