Kes lelaki mati terjun bunuh diri di Berjaya Times Square pada 27 Disember 2013

KES LELAKI MATI TERJUN BUNUH DIRI DI BERJAYA TIMES SQUARE
Seorang lelaki mati dalam keadaan tragis selepas dikatakan membunuh diri apabila terjun dari tingkat 9 pusat membeli belah Berjaya Times Square dekat Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Insiden berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 7.00 malam, Jumaat
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, disahkan maut di tempat kejadian
Menurut laporan, punca kejadian masih disiasat dan polis mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kematian mengejut dan siasatan awal turut mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa

Pada 14 Februari yang lalu, kejadian seumpama ini turut berlaku di Berjaya Times Square, melibatkan seorang wanita berbangsa cina berusia 36 tahun maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala selepas terjun dari tingkat enam pusat membeli belah itu