




Linda Onn dan suaminya.
Umum mengetahui penyampai radio Suria FM Linda Onn, 36 sudah sah bergelar isteri Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan selepas majlis pernikahan mereka pada 27 Disember 2013.
Majlis tertutup itu diadakan sekitar jam 5.45 petang di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat pasangan itu.
Pihak media juga diminta menghormati permintaan Linda yang tidak membenarkan wartawan dan jurugambar hadir ke majlis pernikahannya. Linda hanya memuat naik beberapa keping gambar pra-majlis nikah di laman Instagram peribadinya.
Tidak lama selepas majlis akad nikah berlangsung, Linda mengumumkan yang dia sudah sah bergelar isteri di laman Facebooknya. Linda turut memohon maaf kepada teman-teman dan rakan media kerana tidak mendapat jemputan ke majlisnya.
Ungku Azhar merupakan seorang atlit professional dan pengusaha syarikat sukan air di JB.