iklan

Monday 10 February 2014

Pelancong maut terjatuh Gunung Kinabalu


Klik sini jika Nak tengok BOBO buat parodi MaharajaLawakMegaa ?
KOTA KINABALU - Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.
Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi ini, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung
tertinggi di Malaysia itu.
Jurucakap Taman-taman Sabah berkata, usaha membawa turun mayat masih
dijalankan oleh pasukan penyelamat dan dijangka tiba di Timpohon Gate iaitu
laluan untuk memulakan pendakian, lewat petang ini.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu.
Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.

Comments
0 Comments
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More