iklan

Wednesday 4 March 2015

'MATI' tangkap cicak


Ipoh: “Pengasuh berkenaan mendakwa anak bongsu saya terjatuh selepas memanjat katil dua tingkat dan menangkap cicak serta memakan binatang berkenaan, tetapi mana masuk akal budak sekecil itu pandai menangkap cicak untuk makan,” kata Mohamad Hajimeer Dollah, 34, bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai didera oleh pengasuhnya.

Dalam kejadian jam 3 petang, kelmarin, di sebuah rumah teres dua tingkat di Klebang Jaya, di sini, kanak-kanak malang dikenali sebagai Nor Saraniya Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dihubungi penjaganya selepas mangsa tidak sedar diri dan mengalami pendarahan pada mulut.

[VIDEO] Orang Melayu boleh makan bakkwa ke?! Macam takleh caya je!


Mohamad Hajimeer berkata, ketika kejadian dia berada di Gua Musang, Kelantan kerana bekerja sebagai pemandu lori manakala isterinya, Halimah Abdullah, 38, berada di Muar, Johor berikutan mempunyai urusan kerja.

Katanya, dia mendapat berita mengenai kejadian itu pada jam 7 malam, kelmarin, daripada isterinya yang dihubungi oleh pengasuh berkenaan yang juga kenalan lama mereka.

“Sebaik sampai di rumah, pengasuh terbabit seperti enggan menemui saya dan bertindak mengunci pintu serta kami hanya bercakap di pintu saja selain memberitahu anak saya terjatuh kerana memakan cicak

Comments
0 Comments
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More