GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 49 tahun bertindak bunuh diri dengan terjun dari tingkat 24 di sebuah pangsapuri dekat Jalan Macallum di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Liew Kam Ming terjun dari tingkat berkenaan dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di parkir pangsapuri itu.


