iklan

Monday, 18 November 2013

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bharu

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bharu | Nampaknya setelah sekian lama nama Villa Nabila tenggelam, hari ini nama Villa Nabila kembali trending terutamanya di laman-laman sosial seperti twitter, facebook dan tak kurang juga di laman-laman berita dan juga blog.



Video yg sempat di rakam
                                    

 Dikhabarkan ada sekumpulan budak seramai 30 orang masuk ke dalam kediaman Villa Nabila ini kira-kira jam 3.30 pagi tadi, 18 November 2013. Tapi yang peliknya bila keluar hanya ada 7 orang sementara 23 orang lagi hilang, lenyap tapi suara mereka dapat didengari.
Namun berita ini disahkan palsu. Berdasarkan artikel yang telah dikeluarkan oleh saudara Mazidul Akmal, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh telah menafikan khabar angin bahawa 23 individu telah hilang di Villa Nabila tersebut. Sila rujuk screenshot dibawah.
villa nabila Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bharu
Menerusi laman berita Utusan Online pula, diberitakan Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.
“Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila.
“Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada dia masuk dan hilang di dalamnya kita masih siasat,” katanya di sini hari ini.
pool villa nabila Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bharu
Poll di Villa Nabila
Dr Fuh – Adakah tindakan remaja tersebut ke Villa Nabila adalah pengaruh dari filem Highland Tower yang sudah ditayangkan di pawagam beberapa minggu lalu?

Comments
0 Comments
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More