iklan

Tuesday, 19 November 2013

Remaja ditemui bersama teman wanita

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi.
Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis. 




Video yg sempat di rakam
                                  

"Rumah berkenaan adalah milik persendirian jadi kita tak boleh sita. Bagaimanapun kita 
terpaksa bertindak buat kerja kerana ia mengakibatkan kesesakan teruk di hadapan kediaman itu. 

"Hentikan juga penyebaran di laman sosial. Malah kita akan serahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Comments
0 Comments
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More